Jika anda berkemampuan dan berkelayakan, bidang kerjaya manakah yang menjadi pilihan anda ?

Sektor Kerajaan


Di Malaysia perkhidmatan kerajaan masih lagi menjadi perkhidmatan yang amat penting kepada penduduknya walaupun negara telah mengamalkan dasar penswastaan. Ini kerana keupayaan rakyat untuk membayar kos perkhidmatan swasta masih lagi rendah. Oleh sebab itu, sesetengah bidang perkhidmatan kerajaan amat relevan sebagai usaha untuk membantu keselesaan, kesejahteraan, kebajikan- dan keselamatan rakyat. Antara sektor-sektor penting yang disediakan oleh kerajaan dan tl'da'r-, diswastakan sepenuhnya ialah seperti sektor pendidikan, kesihatan, pentadbiran, keselamatan awam, dan keselamatan negara

Perkhidmatan kerajaan ini berlangsung dalam tiga peringkat iaitu:
(a) kerajaan negeri
(b) peringkat kerajaan pusat
(c) pihak berkuasa tempatan

Saban hari kerja kosong kerajaan menjadi pilihan kepada graduan lepasan universiti awam ataupun swasta, ini telah membuatkan jawatan kosong kerajaan menjadi popular dan mendapat rating yang tinggi dikalangan pencari kerja. Anda boleh lihat banyak iklan jawatan kosong kerajaan dipaparkan diserata tempat di internet. Bukan itu saja, malah pihak kerajaan Malaysia sendiri juga giat menjalan pelbagai kempen dan aktiviti khusus untuk memenuhi keperluan tenaga kerja di pelbagai sektor di negara ini. Apa itu Kerja Kosong Kerajaan? Ramai diantara kita yang agak keliru dengan kerja kerajaan ini, yang mana satu dikatakanjawatan kosong kerajaan? Kebanyakan kita berpendapat kerja kosong kerajaan hanya di Putrajaya iaitu di Pusat Pentadbiran Kerajaan. Jika anda juga beranggapan begitu ternyata anda juga masih keliru denganjawatan kosong kerajaan ini. 

Untuk memudahkan pemahaman anda di sini saya senaraikan beberapa contoh kerja kosong kerajaan yang ada di negara kita ini: 
- Guru/Guru Kemas 
- Bomba 
- Polis/Tentera 
- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) 
- Jururawat/Doktor di klinik/Hospital kerajaan 
- Attendan Hospital Awam 
- Juru X-Ray Hospital Awam 
- Kerani sekolah kerajaan 
- Pegawai Daerah 
- Jurutera Daerah 
- Pensyarah di Universiti awam 
- Pekerja di Pejabat Risda,Fama, Mardi (Pertanian) 
- Pembantu Tadbir di Jabatan Kerajaan 
- Juruteknik Jabatan Kerajaan 
- Pemandu di Jabatan Kerajaan berjaya mendapat pekerjaan 

Di dalam contoh ini saya cuba menggabungkan pelbagai jawatan kosong kerajaan supaya anda mendapat gambaran bahawa kerja kosong kerajaan ini terdiri dari pelbagai jawatan, samada tinggi ataupun rendah tetap dikira sebagai kerja kerajaan ataupun lebih dikenali sebagai penjawat awam. Asal sahaja sesuatu organisasi itu berada di bawah pentadbiran kerajaan maka ia adalah kerja kerajaan. Pihak kerajaan juga selalu mengemaskini senaraijawatan kosong kerajaan terkini mereka. Saya harap anda mendapat sedikit idea tentangjawatan kosong kerajaan ini. 

Dimanapun anda berkerja tidak kira samaada sektor kerajaan atau swasta pastikan mengamal gaya kewangan yang sihat agar masa depan lebih terjamin dan terancang. Bila Jawatan Kosong Kerajaan Dibuka Kebanyakkan kerja kosong kerajaan ini adalah bergantung kepada kepada Jabatan kerajaan itu sendiri. Ada yang melakukan pengambilan 2 kali setahun, 1 kali setahun dan ada juga yang dibuka sepanjang tahun. 

Kerajaan Malaysia melalui badan-badan atau saluran tertentu seperti Jabatan Tenaga Rakyat, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), jobsmalaysia akan membantu para pencari kerja untuk mengisi kekosongan di jabatan-jabatan kerajaan yang memerlukan pekerja dengan menyeraikan maklumat tentang jawatan kosong terkini dari masa ke semasa. Biasanya borang jawatan kosong kerajaan akan disediakan dan perlu diisi dengan lengkap oleh setiap pemohon berminat. 

No comments:

Post a Comment