Terdapat tiga perkara penting yang perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum melangkah kepada mengenal pasti jenis perniagaan.
Perkara tersebut adalah:
Langkah pertama – Paling penting!
“Rahsia”
Alahai! apa hal pulak rahsia?, ini hanya menghormati pesan tok guru silat agar jangan perturunkan semua buah pada orang, lebih lagi buah paling ‘power’
Tapi jangan risau akan saya terangkan nanti. Nak tahu kena habiskan bacaan.
Meyakinkan diri bahawa kita memang mahu berniaga. Saya bukan salah satu daripada kumpulan mereka yang terpaksa berniaga seperti pada entry saya di sini. Mendapatkan kerja makan gaji amat mudah bagi saya. Namun sebagaimana semua orang hasrat mahu berniaga sentiasa ada dalam impian. Saya tak mahu ia sekadar menjadi impian sahaja, jadi saya perlu merancang agar ia benar-benar terjadi.
Keyakinan untuk meneruskan hasrat menjadi usahawan saya kukuhkan dengan lebih jitu apabila membuat keputusan untuk mula berkawan rapat hanya dengan mereka yang berniaga.
Percaya bahawa kita boleh berjaya sebagai seorang usahawan
Bila kita benar-benar yakin untuk menyara hidup sebagai usahawan. Kita mesti ada kepercayaan pada diri sendiri bahawa kita pasti akan berjaya (InsyaAllah).
Pengukuhan keyakinan untuk berjaya ini saya lakukan melalui memilih kawan dari kalangan mereka yang berjaya sahaja dan seterusnya belajar bagaimana mereka lakukannya.
Untuk berjaya lebih bijak jika dianya dipelajari dari mereka yang berjaya, mereka sudah pasti mampu menunjukkan jalan perintis yang pernah mereka lalui.
Melalui mereka saya disuntik dengan ribuan sebab kenapa saya juga boleh berjaya. Ini merupakan tabiat hebat mereka yang berjaya.
Memandangkan saya berkawan rapat dengan mereka yang berjaya, ia secara lansung menjadi kusyen seandainya saya terpelanting ke bawah, sekurang-kurangnya saya dengan mudah boleh mencari duit dengan menjadi pembantu mereka. Ini secara lansung mengurangkan risiko dan ketakutan.
Setelah lulus kedua-dua langkah di atas semangat saya berkobar-kobar mendidih untuk berniaga. Nasib baik saya dikelilingi oleh mereka yang berpengalaman. Sebelum saya terjun dan mula bersilat, saya ditarik ke belakang sebentar oleh mereka lalu disergah dengan kuat soalan ini:
“NAK BERNIAGA APA?”
Betul juga, asyik terus nak bersilat, nak lawan dengan siapa? Maka bermulalah proses mencari nak berniaga apa. Ini memerlukan penelitian agar kita tak buat separuh jalan.
Bagai mana saya lakukan untuk mengenal pasti perniagaan apa yang perlu saya lakukan, Insyallah ikuti sambungannya nanti
Buah rahsia – Langkah Pertama
Jangan risau saya tak lupa untuk terangkan apa dia langkah pertama yang saya ambil. Sebelum itu rujuk kembali langkah kedua dan ketiga yang menekankan perhubungan bersama para usahawan yang berjaya untuk mencapai matlamat kedua-dua langkah tersebut.
Tentu ada yang tertanya-tanya macam mana saya ada masa untuk berpeleseran dengan para usahawan yang kerja tak tentu jadual sedangkan saya makan gaji. Lagipun sikap usahawan kebiasannya lebih suka bercampur dengan sesama mereka para usahawan sahaja daripada mendengar khutbah pemikiran takut dan negatif orang makan gaji.
Tambahan pula mereka usahawan yang berjaya, kumpulan ini tak akan rapat pada golongan makan gaji melainkan ia mampu menjana perniagaan atau lain-lain peluang pada mereka. Jika tidak mereka tak akan ada masa hendak melayan orang makan gaji.
Untuk menjawab kesemua soalan di atas dan seterusnya untuk perturunkan rahsia langkah pertama tadi. Langkah paling awal yang saya buat adalah ‘berhenti kerja’!, ya !, saya letak jawatan dan berhenti dari makan gaji supaya saya ada masa dan boleh dengan bangganya memperkenalkan diri saya sebagai usahawan pada rakan-rakan usahawan tersebut.
Itulah rahsia langkah pertama yang saya sebutkan dari mula tadi sebagai buah power yang tidak mudah untuk dilakukan. Perlu ada keberanian ala kamikaze untuk melaksanakannya. Bukan semua orang berani buat sebab itu saya perturunkan pada akhir tulisan ini agar mereka yang memang jitu dan tabah saja yang boleh lulus.
Saya lepaskan pada pembaca untuk sendiri untuk memikirkannya. Tidak ada paksaan untuk mengikut cara saya dan ia tidak semestinya yang terbaik. Namun bagi saya, langkah paling mula untuk menjadi seorang usahawan adalah dengan memberikan surat letak jawatan!
C&P
By :Shubhi
http://hidupringkas.com
No comments:
Post a Comment