Jika anda berkemampuan dan berkelayakan, bidang kerjaya manakah yang menjadi pilihan anda ?

Saturday, 18 April 2015

Strategi Berjaya Usahawan 4 : PERSAINGAN SIHAT


Persaingan Sihat Dalam sesuatu perniagaan, kecil mahupun yang besar, persaingan sememangnya selalu wujud dan berlaku. Persaingan dilihat sebagai sesuatu yang bagus untuk perniagaan tetapi adakalanya persaingan boleh juga memberi kesan buruk kepada perniagaan. Persaingan yang tidak dapat ditangani dengan baik terutama oleh para peniaga kecil akan membuatkan mereka berasa sukar untuk meneruskan perusahaan yang dijalankan. 

Berapa ramai dalam kalangan peniaga kecil pada hari ini yang gagal berhadapan dengan persaingan dalam perniagaan? Ada dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini yang bersikap iri hati sekaligus berlaku khianat kepada peniaga lain hanya kerana mencemburui kejayaan yang dimiliki oleh peniaga tersebut.

Sikap dengki seperti menghasut, menabur fitnah kepada peniaga lain adalah antara sikap yang boleh menjadikan persaingan tidak sihat. Pergaduhan juga boleh berlaku. Oleh itu, bagi para peniaga kecil, persaingan sebegini adalah perkara biasa dalam dunia perniagaan dan terpulang kepada anda bagaimana untuk menanganinya.

Sekiranya anda memandang persaingan dengan para peniaga lain sebagai sesuatu yang sihat, maka sudah pasti anda juga akan turut berlumba-lumba dengan yang lain untuk meningkatkan kualiti produk yang dipasarkan. Sekali lagi saya ingin memetik kata-kata Tan Sri Lim Goh Tong yang menyatakan “..elakkan diri daripada bersikap tikam belakang dan jangan mencari musuh. 

Jangan sesekali membuat helah kerana tidak ada jalan pintas untuk berjaya, kerja keras dan selalu berminat dengan apa yang dikerjakan..” Ini bermaksud dalam perniagaan, kita perlu berlumba dengan para peniaga yang lain melalui cara yang baik.

Ingat, sebagai peniaga yang mempunyai wawasan, elakkan daripada mencari musuh sebaliknya carilah seramai mungkin sahabat dalam perniagaan kerana dalam perniagaan kita tidak akan selalu berada diatas, adakalanya kita mungkin akan mengalami kerugian. Seperkara lagi, persaingan sihat juga merangkumi kejujuran dalam perniagaan. Tidak perlu sama sekali untuk kita menipu semata-mata bagi mendapatkan keuntungan berganda kerana penipuan hanya akan mendatangkan masalah dan kerugian kelak.

Islam juga melarang sama sekali menipu dalam berniaga seperti menipu dalam sukatan dan timbangan, menjual barang-barang yang rosak, menyorokkan barang-barang keperluan harian semasa bekalan barangan tersebut kekurangan dan menjualnya dengan harga yang tinggi serta bermacam lagi. Apa yang penting, rezeki yang diperoleh melalui cara yang tidak baik adalah rezeki yang tidak mendapat keberkatan dari sisi Islam. 

Banyak lagi sebenarnya cara-cara dan teknik yang boleh dilakukan oleh peniaga-peniaga kecil untuk memastikan perniagaan menjadi lebih berjaya. Walaubagaimanapun, percayalah anda mampu untuk bergelar jutawan mengamalkan sikap peniaga yang baik. Teruskan berusaha kerana perniagaan merupakan satu perintis untuk seseorang itu menjadi jutawan yang akan memberi manfaat pula kepada orang lain. Meskipun bermula dengan kecil-kecilan, tetapi berkat ketekunan dan kesabaran pastinya akan membuahkan hasil yang membanggakan. 

Mungkin perniagaan yang anda usahakan pada hari ini hanya mampu meraih pulangan dalam kadar yang kecil, tetapi siapa tahu sekiranya anda terus dan terus berusaha meningkatkan mutu perniagaan anda, tidak mustahil untuk anda turut berada dalam kelompok jutawan yang disegani pada satu hari nanti.

Strategi Berjaya Usahawan 3 : KELAINAN


Lain Daripada Yang Lain Ya, lain daripada yang lain. Kadang-kadang apabila kita membuat sesuatu perkara yang pelik, kita akan mendapat perhatian yang lebih berbanding kita membuat perkara-perkara yang biasa. Contoh, apabila kita memakai baju secara terbalik dan kemudian kita berjalan di pasar raya, pasti kita akan menjadi perhatian masyarakat sekeliling. Memanglah memalukan dan kelakar tetapi inilah yang dikatakan lain daripada yang lain. Konsep ini sangat berkesan apabila diaplikasikan dalam perniagaan. Kita menjual minuman ABC sama seperti peniaga yang lain, akan tetapi ABC yang kita jual mengandungi aiskrim. Maka tidak mustahil sekiranya ABC yang kita jual lebih mendapat perhatian pelanggan.

Walaubagaimanapun, untuk menjadi lain daripada yang lain, seseorang itu mestilah berfikiran kreatif dan kritis. Ini kerana, kita mesti memikirkan suatu cara yang boleh memberi kelainan terhadap perniagaan kita sama ada kelainan terhadap produk yang kita jual atau kelainan dari segi cara kita memasarkan produk yang sedia ada. Aspek kelainan ini merupakan satu langkah yang dapat menarik lebih ramai pelanggan sekaligus membuatkan pernigaan menjadi lebih terkenal.

Siapa sangka dari sekecil-kecil perniagaan boleh berkembang pesat sehingga melayakkan kita untuk bergelar jutawan melalui perusahaan yang dijalankan. Contoh, kita boleh melihat usaha yang dijalankan oleh kumpulan adik beradik yang begitu terkenal dalam bidang nyanyian dan perfileman iaitu KRU. KRU adalah antara sutradara yang begitu gemar untuk menghasilkan sesuatu yang lain daripada yang lain. Lihat sahaja filem-filem yang dihasilkan.

Kebanyakkannya mempunyai kelainan yang tersendiri. Bermula dengan Cicakman iaitu merupakan filem tempatan terawal yang dihasilkan menggunakan sepenuhnya teknik Kesan Khas (CGI) sehingga berjaya meraih kutipan kasar sebanyak RM5.15 juta pada tahun 2006!! Terbukti, aspek lain daripada lain iaitu penggunaan teknik CGI oleh KRU untuk menghasilkan Cicakman membuahkan hasil yang begitu memukau.

Strategi Berjaya Usahawan 2 : MOTIVASI TINGGI


Kegagalan merupakan satu lumrah yang biasanya akan dihadapi oleh para peniaga. Tetapi tidak bermakna kegagalan tersebut akan membuatkan kita terus gagal dan tidak boleh mengecapi kejayaan selepas itu. Malah kegagalan dalam perniagaan sekiranya dipandang dari sudut yang positif dapat dijadikan sebagai satu motivasi pembakar semangat untuk meneruskan usaha membangunkan semula perniagaan yang telah mengalami kegagalan.

Motivasi yang tinggi merupakan satu resepi bagi setiap jutawan. Anda tanyalah kepada mana-mana jutawan sekalipun, mereka pasti akan menjawab bahawa jika ingin berjaya, semangat dan daya usaha mestilah seiring dan jangan sekali-kali berputus asa. Peniaga kecil khususnya yang cepat tewas dengan ujian dan kegagalan yang melanda perniagaan mereka akan menyebabkan mereka terus gagal!! Berbeza dengan mereka yang mempunyai kecekalan dan mentaliti yang kuat, kegagalan yang menimpa diibaratkan sebagai satu cabaran untuk mereka terus berusaha dan berjaya.

Setiap peniaga harus mengetahui bahawa tiada jalan pintas untuk memperoleh kejayaan dan kekayaan. Mendiang Tan Sri Lim Goh Tong pernah berpesan dengan mengatakan “..jangan fikir negatif dalam perniagaan, lakukan secara berperingkat walaupun perlahan-lahan asalkan ia tindakan tepat..” Peniaga harus tekun, sabar dan gigih dalam menjalankan perniagaan. Kesabaran merupakan satu aspek yang sangat penting. Berusahalah dengan sebaik-baiknya. Biarpun perniagaan yang dijalankan bermula dengan kecil-kecilan dan perlahan tetapi sekiranya diusahakan dengan bersungguh-sungguh, akan dapat membuahkan hasil yang mengagumkan.

Strategi Berjaya Usahawan 1 : MENCURI


Mesti Pandai MENCURI!! Haa!! Untuk menjadi seorang yang berjaya dalam lapangan perniagaan, pihak tersebut mestilah pandai mencuri. Jangan terkejut!! Mencuri yang dimaksudkan ini bukanlah bererti perlu melakukan jenayah, tetapi mencuri yang dimaksudkan adalah bijak mengambil peluang yang ada dalam dunia perniagaan yang mana peluang-peluang tersebut dapat membantu untuk meningkatkan lagi kejayaan perniagaan tersebut.

Peniaga yang bijak akan memerhatikan keperluan semasa masyarakat sekeliling. Contohnya, sekiranya di suatu kawasan penempatan tersebut tidak ada menyediakan perkhidmatan dobi, maka peniaga yang bijak akan menggunakan peluang tersebut dengan membuka sebuah kedai dobi dan mungkin boleh bermula secara kecil-kecilan. Inilah yang dikatakan pandai mencuri peluang dalam perniagaan. Melihat kelemahan sebagai satu peluang.

Bijak mengambil dan menggunakan peluang yang ada sebenarnya satu langkah permulaan untuk seseorang individu menempa kejayaan yang lebih besar. Ini kerana, tidak semua orang akan melihat peluang itu sebagai satu peluang. Mungkin ada yang melihat peluang itu sebagai satu kekurangan dan kelemahan berbeza dengan mereka yang berfikiran kreatif dan inovatif. 


Agensi Yang Terlibat Membantu Usahawan

Berpandukan kepada situasi semasa lapangan perniagaan di Malaysia, masih banyak lagi ruang yang ada untuk seseorang usahawan kecil melebarkan sayap perniagaannya. Terutama pihak kerajaan pada masa ini begitu membuka peluang kepada para usahawan kecil untuk memajukan lagi perniagaan dengan pihak kerajaan siap sedia menghulurkan bantuan perniagaan khususnya dalam bentuk pinjaman kewangan. Sayangnya, ramai juga dalam kalangan peniaga masa kini tidak mengetahui skim-skim bantuan kewangan yang dihulurkan oleh pihak kerajaan yang dapat membantu menaikkan lagi perniagaan mereka.

Antara agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam membantu para usahawan dan peniaga kecil adalah seperti 1) Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), 
2) Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN), 
3) Perbadanan Nasional Berhad (PNB), dan banyak lagi. 

Kesemua ini merupakan peluang yang disediakan pihak kerajaan semata-mata untuk menarik minat masyarakat supaya menceburkan diri dalam bidang perniagaan seterusnya mengembangkan lagi perniagaan iaitu bagi mereka yang telahpun memiliki perniagaan sendiri.

Kelebihan Kerja Kerajaan


Dilaporkan permohonan untuk jawatan awam yang dianjurkan oleh sektor awam meningkat pada setiap tahun kerana terdapat banyak kelebihan dan faedah yang diperolehi setelah menyertai sektor awam. Di antaranya adalah: 
• Elaun Perumahan, 
• Cost Of Living Allowance (Cola), 
• Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA), 
• Kenaikkan Gaji Setiap Tahun, 
• Kemudahan Pinjaman Komputer Dan Kenderaan, 
• Cuti Tahunan Mengikut Kelayakan, 
• Cuti Bersalin, 
• Pinjaman Perumahan, 
• Caruman KWSP ataupun Pencen, 
• Bersara pada umur 58 tahun, 
• Peluang Kenaikan Pangkat, 
• Peluang Melanjutkan Pelajaran, 
• Peluang Untuk Berkursus dari masa ke semasa, 
• Bekerja dalam jangkasamasa yang sesuai bagi manusia 8 jam sehari (kadang-kadang lebih masa juga), 
• Lebih mepunyai masa bersama keluarga dan dapat mewujudkan keluarga yang lebih bahagia. 

Syarat Kelayakan Umum Memohon Jawatan Kosong Kerajaan


Antara syarat-syarat umum/asas kerja kosong kerajaan yang boleh dijadikan panduan adalah seperti berikut: 
- Berumur 18 tahun ke atas (tidak melebihi 35 tahun) 
- Mempunyai kelulusan yang sesuai dan diiktiraf oleh kerajaan (Sijil Kemahiran, Diploma, Ijazah dan sebagainya) 
- Lulus matapelajaran utama diperingkat Sijil Rendah Pelajaran (SRP), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seperti Bahasa Malaysia, Matematik dan Bahasa Inggeris 
- Berkelakuan baik serta tidak mempunyai rekod jenayah. 
- Calon yang merokok biasanya susah untuk dipilih masuk ke jabatan kerajaan.

Friday, 17 April 2015

Kerja Kerajaan VS Kerja Swasta

KEBAIKAN 
~ Elaun perumahan/Cost living allowance (COLA)/Imbuhan tetap khidmat awam (ITKA) 
~ Kenaikan Gaji Setiap Tahun 
~ Kemudahan Pinjaman perumahan, Komputer dan Kenderaan. 
~ Cuti Tahunan Mengikut Kelayakan/Cuti Bersalin 
~ Caruman KWSP atau pencen. 
~ Peluang Untuk Berkursus dari semasa ke semasa. 
~ Lebih Bnayak Masa diluangkan Bersama Keluarga. 
~ Kestabilan Ekonomi Sendiri. 
~ Potensi dibuang Kerja Amat Tipis. 
~ Kerja Yang Lebih Tenang dan Selesa. 

KELEMAHAN
~ Peperiksaan Diperlukan Bagi Melengkapkan Syarat-Sayarat Pengesahan Jawatan dan Kenaikan Pangkat. ~ Mutu Kerja Tidak Terlalu di pandang untuk menjamin kenaikan pangkat. 
~ Persaingan Yang Tinggi untuk Mendapatkan Jawatan Tetapi Persaingan Mutu Kerja Rendah. 
~ Sesetengah Jabatan Masih Belum Mengaplikasikan Kecanggihan ICT dakam pengurusan. 
~ Posting Jauh Dari Tempat Tinggal.



KERJA SWASTA 

KEBAIKAN 
~ Mutu Kerja Diutamakan Dalam Setiap Perkara. 
~ Elaun Yang Lebih Tinggi Diberi Mengikut Kelayakan/Keuntungan. 
~ Gaji Pokok Yang Tinggi. 
~ Berorientasikan Keuntungan Syarikat. 
~ Cuti Tahun, Cuti Bersalin, Cuti Perkahwinan. 
~ Rawatan Perubatan Di Klinik Dan Hospital Swasta Yang Lebih Selesa Mengikut Kelayakan. 
~ Suasana Kerja Yang Lebih Efisyen menggunakan Kecanggihan ICT. 
~ Ruang Kerja Yang Kondusif. 

KELEMAHAN
~ Potensi Dibuang Kerja Tinggi. 
~ Diskriminasi Dalam penggunaan Tenaga Kerja. 
~ Masa Depan Tidak Terjamin. 
~ Boleh Pilih kerja.  

Pandangan Segelintir Tentang Kerja Kerajaan Dan Swasta

Kelebihan Yang Perlu Anda Tahu Kerja kerajaan vs kerja swasta, yang mana anda pilih ? Saya pasti kebanyakan akan pilih kerja swasta. Memang tak salah jika pilih kerja swasta tapi saya sarankan anda pertimbangkan peluang kerja kerajaan dalam proses anda mencari kerja. Kenapa ? Sebentar lagi saya akan terangkan. Sebelum itu, kita lihat senario yang berlaku di Malaysia sekarang. Sesetengah dari kita tak nak langsung pandang kerja kerajaan. Ada sesetengah pula cakap kerja kerajaan tiada “class”. Sebenarnya tanggapan sebegini perlu dielakkan. Kerja kerajaan merupakan salah satu saluran untuk kita mencari rezeki. Oleh sebab terlalu memilihlah, ramai graduan yang menganggur. Kalau sukar mencari pekerjaan di sektor swasta, kenapa tidak beralih ke sektor awam ? 

Antara faedah-faedah atau kelebihan-kelebihan kerja kerajaan adalah seperti berikut : 
1. Elaun Rumah Setiap bulan anda akan diberikan elaun rumah. Elaun rumah ini dapat mengurangkan beban anda membayar sewa rumah setiap bulan. Menguntungkan bukan bila menjadi penjawat awam ? 
2. COLA Apa itu COLA? Bukan air Coke ye. COLA adalah akronim bagi Cost Of Living Allowance atau dalam bahasa Melayu – elaun sara hidup. Elaun ini diberikan berdasarkan di mana tempat anda bekerja untuk mengurangkan beban taraf hidup yang tinggi di sesetengah kawasan. 
3. Bonus Tetap Khidmat Awam Bekerja di sektor awam bermaksud anda berbakti kepada masyarakat. Jadi sebagai penghargaan kerajaan memberikan Imbuhan Tetap Khidmat Awam kepada penjawat awam. Memang berbaloi kan anda bersusah payah menulis resume untuk memohon kerja kerajaan? Jadi jangan sia-siakan peluang kerja kerajaan yang diberikan kepada anda. 
4. Kenaikan gaji Harga barang naik gaji pun mestilah naik bukan? Jangan risau anda akan mendapat kenaikan gaji setiap tahun. Kenaikan gaji setiap tahun pasti dapat membantu anda menampung perbelanjaan keluarga dan kesan kenaikan inflasi setiap tahun. 
5. Kemudahan pinjaman kereta dan pinjaman rumah Anda tak perlu risau untuk membuat pinjaman untuk membeli kereta atau rumah idaman anda. Kemudahan untuk membuat pinjaman kereta dan pinjaman rumah disediakan kepada kakitangan awam. 
6. Cuti yang fleksibel Terdapat beberapa jenis cuti dalam sektor awam. Salah satunya ialah cuti tahunan. Bagi pekerja am, anda diberikan minimum 14 hari cuti tahunan dan bagi pekerja professional, anda diberikan sehingga 25 hari. Terdapat juga cuti kenaikan pangkat dan juga cuti bersalin. Kakitangan wanita diberikan cuti bersalin selama dua bulan. Ini sememangnya merupakan satu kelebihan bagi kaum hawa dan juga merupakan salah satu tarikan bagi mereka untuk mencari peluang kerja kerajaan. 
9. Simpanan hari tua Anda diberikan pilihan samaada untuk memilih caruman KWSP atau pencen sebagai persediaan menanti hari-hari selepas anda bersara. Anda tak perlu risau lagi untuk mencari kerja baru untuk menampung kehidupan setelah anda bersara. 
11. Peluang kenaikan pangkat Anda juga diberikan peluang untuk naik pangkat berdasarkan prestasi kerja anda. Naik pangkat maksudnya gaji anda juga naik. Menarik bukan ? Jadi rebutlah peluang kerja kerajaan selagi anda boleh. 
12. Peluang meyambung pelajaran Bagi mereka yang berminat untuk melanjutkan pelajaran, mereka diberikan peluang untuk berbuat demikian dan juga layak untuk mendapat tajaan kerajaan. 
13. Peluang untuk meningkatkan kemahiran diri Anda diberikan kursus dari masa ke semasa untuk meningkatkan kemahiran anda dan semua perbelanjaan kursus tersebut diuruskan oleh pihak majikan anda. Inilah peluang untuk meningkatkan kebolehan anda dalam bidang anda yang tersendiri. 

Sekarang anda dah tahu kelebihan-kelebihan mencari peluang kerja kerajaan. Jadi, apa yang anda tunggu lagi ? Cepatlah isi borang permohonan kerja kerajaan, nanti melepas anda juga yang rugi :) 

Secara kesimpulannya, berdasarkan kelebihan-kelebihan yang disenaraikan di atas, seharusnya anda turut mengambil kira peluang kerja kerajaan ketika anda sedang mencari kerja yang sesuai untuk anda. Mana Lebih Bagus? Kerajaan? Swasta? Memang tidak dinafikan lagi, bekerja dalam sektor awam amatlah diimpi-impikan oleh kebanyakan orang di Malaysia terutamanya bagi mereka yang baru sahaja yang menamatkan persekolahan ataupun pengajian di kolej-kolej atau di universiti. Bekerja di sektor awam mempunyai pelbagai kebaikannya yang tersendiri. Ada orang kata kerja di sektor awam ini ‘rileks’ sedikit berbanding swasta. Kalau di fikirkan ada juga betulnya kan? Tetapi tidak semestinya begitu! bekerja di sektor awam ini begitu tinggi cabarannya demi memastikan perjalanan pentadbiran dan pengurusan Negara berjalan dengan lancar. 

Ramai yang akan memilih untuk kerja dalam sektor awam berbanding swasta. Saya pun sama, belum habis belajar lagi dah terus apply dengan spa . Tapi saya sekarang bekerja di sektor swasta, belum ada rezeki dan tak sungguh-sungguh minta kerja awam ni. Macam saya tengok jawapan bagi persoalan ini, persoalan macam ni memang sering bermain di fikiran semua anak muda yang sudah habis belajar atau tidak.

###hanyapandanganindividu

Langkah Menjadi Usahawan

Terdapat tiga perkara penting yang perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum melangkah kepada mengenal pasti jenis perniagaan. 

Perkara tersebut adalah: 
Langkah pertama – Paling penting! “Rahsia” Alahai! apa hal pulak rahsia?, ini hanya menghormati pesan tok guru silat agar jangan perturunkan semua buah pada orang, lebih lagi buah paling ‘power’ Tapi jangan risau akan saya terangkan nanti. Nak tahu kena habiskan bacaan. Meyakinkan diri bahawa kita memang mahu berniaga. Saya bukan salah satu daripada kumpulan mereka yang terpaksa berniaga seperti pada entry saya di sini. Mendapatkan kerja makan gaji amat mudah bagi saya. Namun sebagaimana semua orang hasrat mahu berniaga sentiasa ada dalam impian. Saya tak mahu ia sekadar menjadi impian sahaja, jadi saya perlu merancang agar ia benar-benar terjadi. Keyakinan untuk meneruskan hasrat menjadi usahawan saya kukuhkan dengan lebih jitu apabila membuat keputusan untuk mula berkawan rapat hanya dengan mereka yang berniaga. Percaya bahawa kita boleh berjaya sebagai seorang usahawan Bila kita benar-benar yakin untuk menyara hidup sebagai usahawan. Kita mesti ada kepercayaan pada diri sendiri bahawa kita pasti akan berjaya (InsyaAllah). Pengukuhan keyakinan untuk berjaya ini saya lakukan melalui memilih kawan dari kalangan mereka yang berjaya sahaja dan seterusnya belajar bagaimana mereka lakukannya. 

Untuk berjaya lebih bijak jika dianya dipelajari dari mereka yang berjaya, mereka sudah pasti mampu menunjukkan jalan perintis yang pernah mereka lalui. Melalui mereka saya disuntik dengan ribuan sebab kenapa saya juga boleh berjaya. Ini merupakan tabiat hebat mereka yang berjaya. 

Memandangkan saya berkawan rapat dengan mereka yang berjaya, ia secara lansung menjadi kusyen seandainya saya terpelanting ke bawah, sekurang-kurangnya saya dengan mudah boleh mencari duit dengan menjadi pembantu mereka. Ini secara lansung mengurangkan risiko dan ketakutan. 

Setelah lulus kedua-dua langkah di atas semangat saya berkobar-kobar mendidih untuk berniaga. Nasib baik saya dikelilingi oleh mereka yang berpengalaman. Sebelum saya terjun dan mula bersilat, saya ditarik ke belakang sebentar oleh mereka lalu disergah dengan kuat soalan ini: “NAK BERNIAGA APA?” Betul juga, asyik terus nak bersilat, nak lawan dengan siapa? Maka bermulalah proses mencari nak berniaga apa. Ini memerlukan penelitian agar kita tak buat separuh jalan. 

Bagai mana saya lakukan untuk mengenal pasti perniagaan apa yang perlu saya lakukan, Insyallah ikuti sambungannya nanti Buah rahsia – Langkah Pertama Jangan risau saya tak lupa untuk terangkan apa dia langkah pertama yang saya ambil. Sebelum itu rujuk kembali langkah kedua dan ketiga yang menekankan perhubungan bersama para usahawan yang berjaya untuk mencapai matlamat kedua-dua langkah tersebut. 

Tentu ada yang tertanya-tanya macam mana saya ada masa untuk berpeleseran dengan para usahawan yang kerja tak tentu jadual sedangkan saya makan gaji. Lagipun sikap usahawan kebiasannya lebih suka bercampur dengan sesama mereka para usahawan sahaja daripada mendengar khutbah pemikiran takut dan negatif orang makan gaji. Tambahan pula mereka usahawan yang berjaya, kumpulan ini tak akan rapat pada golongan makan gaji melainkan ia mampu menjana perniagaan atau lain-lain peluang pada mereka. Jika tidak mereka tak akan ada masa hendak melayan orang makan gaji. 

Untuk menjawab kesemua soalan di atas dan seterusnya untuk perturunkan rahsia langkah pertama tadi. Langkah paling awal yang saya buat adalah ‘berhenti kerja’!, ya !, saya letak jawatan dan berhenti dari makan gaji supaya saya ada masa dan boleh dengan bangganya memperkenalkan diri saya sebagai usahawan pada rakan-rakan usahawan tersebut. 

Itulah rahsia langkah pertama yang saya sebutkan dari mula tadi sebagai buah power yang tidak mudah untuk dilakukan. Perlu ada keberanian ala kamikaze untuk melaksanakannya. Bukan semua orang berani buat sebab itu saya perturunkan pada akhir tulisan ini agar mereka yang memang jitu dan tabah saja yang boleh lulus. Saya lepaskan pada pembaca untuk sendiri untuk memikirkannya. Tidak ada paksaan untuk mengikut cara saya dan ia tidak semestinya yang terbaik. Namun bagi saya, langkah paling mula untuk menjadi seorang usahawan adalah dengan memberikan surat letak jawatan! 

C&P By :Shubhi http://hidupringkas.com

Friday, 13 March 2015

Selamat Datang Ke Laman M&K :-)

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera.

Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurnianya, limpahan inayahnya serta limpahan kenikmatanya kepada kita semua dapatlah kita menghirup udara sehingga ke saat ini. Kepada semua pengunjung, pihak M&K amat mengalu-alukan  untuk semua pelawat sentiasa melihat berita-berita terkini dari kami dalam usaha mendapatkan info yang terbaik berkaitan dengan alam kerjaya anda. Kaunseling kerjaya adalah satu bidang yang sangat menitikberatkan soal pengetahuan dalam kalangan manusia untuk mengetahui tentang kerjaya masing-masing. Sedari itu, pihak M&K akan sentiasa memberi info-info berkaitan kerjaya dari semasa ke semasa...insyaAllah :-)

Jangan lupa bersama kami...Jom...Jom...Jom

Selamat datang dan selamat melayari laman ini... Ahlan Wasahlan Wa Marhaban...


Tinta M&K